Wednesday 3 February 2016

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN BUKIT FRASER

22-23 Jan 2016


Menghabiskan sesi cuti Thaipusam memang kali ini agak padat.Kandungan saya yang masuk 37 minggu dengan anak kecil yang teruja nak tidur hotel memang agak membataskan pergerakan saya.Kalau tidak di fikirkan kandungan dan kasihankan anak kecil saya mungkin saya tidak akan bercuti ke tempat yang agak jauh ini.tetapi di sebabkan gatal tangan membuka laman web rumah persekutuan dan tiba-tiba terdapat kekosongan bilik pula di tambah pula dengan persetujuan sang husband menyebabkan percutian yang tidak dirancang ini menjadi juga akhirnya.


Memang tidak pernah terlintas pun nak ke Bukit Fraser ni.Sebab yang utamanya tempat ini sunyi dan tidak happening seperti di Genting atau Cameron.Tetapi kalau tak pergi tak tahu tempat tu bagaimana.Harapkan orang bercerita lebih baik merasa sendiri.

Jadi di sebabkan cuti yang singkat itu,makanya tercampaklah kami tiga beranak di Bukit Fraser yang terletak di negeri PAHANG.(bukan Selangor walaupun nak ke sini perlu memasuki negeri Selangor)Mai layan gambar sekeping dua di sekitar Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser ni.
















Serba sedikit mengenai rumah ni.Rumah peranginan ini di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah,Jabatan Perdana Menteri.Dikhususkan untuk kemudahan anggota perkhidmatan awam persekutuan dan perkhidmatan awam negeri serta pesara kerajaan yang memiliki kad pesara kerajaan Malaysia.Walaubagaimanapun permohonan dari anggota perkhidmatan badan berkanun boleh di pertimbangkan jika ada kekosongan.

Kadar sewaan bagi semalam ialah bilik kecil(seperti yang saya tempah) RM 50.bilik besar RM 60.Kalau nak sewa satu banglo RM 250 dan sah untuk semua gred jawatan.Bayaran deposit juga akan di kenakan sebanyak RM 50 dan akan di kembalikan.Biliknya sangatlah luas dan permaidaninya yang tebal memang selesa.Ditambah pula dengan pemandangan banjaran dari luar tingkap yang cantik terutamanya pada waktu pagi.






Kesimpulanya,inilah percutian saya yang paling singkat.sampai ke Bukit Fraser dalam jam 4 petang dan dah nak checkout jam 9 pagi keesokanya.Memang sunyi dan hening tambahan pula jika hari bekerja.tetapi pemandangan sangatlah cantik dan mengkagumkan.Nasihat saya bagi yang kurang suka kepada keadaan yang sunyi janganlah bermalam di Bukit Fraser ni.Kalau nak juga bolehlah bawa seberapa ramai kenalan atau ahli keluarga untuk memeriahkan suasana dengan aktiviti seperti bbq atau bersembang.Tetapi yang penting keluarga kita bahagia dan suka melancong.Kerana melancong ni bukan bermula apabila kita sampai ke destinasi tetapi mula kita keluar dari rumah untuk ke destinasi pun sudah mula dikira sebagai melancong.Seperti biasa walau sesunyi manapun anak saya tetap suka dan gembira kerana dia suka tidur di hotel:)

Untuk memenuhkan hari cuti, destinasi berikutnya ialah CAMERON HIGHLAND.

Bye....