Wednesday 19 March 2014

chào mừng bạn đến Thành phố Hồ Chí MinhI(SELAMAT DATANG KE HO CHI MINH CITY)

          Saya kira catatan perjalanan  kali ini agak panjang,walaupun sebenarnya di penuhi dengan gambar.(penggunaan bahasa bagi catatan kali ini agak tersusun kerana cuba untuk membaiki penggunaan bahasa).

Bagi yang tidak tahu,saya telah terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam (HCMC) pada 13 Februari 2014 dan hampir selamat pulang pada 17 Februari 2014.

Saya katakan hampir selamat pulang kerana saya ke sana dengan keadaan diri yang berisiko iaitu mengalami pendarahan akibat kehamilan luar rahim yang telah di kesan sebelum berangkat ke sana.(saya akan perincikan dalam catatan yang lain).

Pengembaraan selama 5 hari 4 malam ke sana dengan pesawat MAS memakan masa selama 2jam dari KLIA - TAN SON NHAT International Airport dan 45 minit dari Pulau Pinang -KLIA.





Biarpun replika tetapi nampak menyelerakan.



Memerhati kapal terbang yang bakal di naiki dengan penuh minat.walaupun merupakan kali ke-2, tidak merasa gentar biarpun tidak tahu hendak ke mana.




Bertuahnya dia sebab dapat menaiki kapal terbang pada usia yang sangat muda...berbanding ibunya yang hanya merasa itupun setelah berkahwin.

....dan di tanganya tidak pernah mahu melepaskan permainan keretanya.




Menaiki bas ini menuju ke hotel sejurus keluar dari lapangan terbang.Lebih berbaloi berbanding menaiki teksi biarpun agak letih kerana perlu menapak ke hotel sambil membawa beg.

Harga yang di kenakan sangat berpatutan.Sekitar RM 1 lebih bagi kami bertiga,mempunyai kemudahan hawa dingin dengan perjalanan lebih kurang 8 km.





Pertama kali menaiki bas bagi si kecil ini.

......itupun merasainya di negara orang.




Sempat mengabadikan kenangan di bulatan berhadapan dengan pasar Ben Thanh.




Biarpun sesak dengan kenderaan kecil,tetapi hampir di katakan tidak pernah berlaku kemalangan sepanjang penglihatan saya di sini.

......itulah kehebatan dan menjadi mercu tanda bagi bandaraya  ini.

Pasar Malam Ben Thanh



Seakan terasa berada di negara sendiri kerana banyak kedai-kedai pakaian yang menjual barangan muslimah.


Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan.





Sekitar pasar malam di Ben Thanh.Anda haruslah berhati-hati disini kerana harga barangan sememangnya murah dan jangan terkejut kerana anda sebenarnya boleh mendapatkan harga yang jauh lebih murah lagi jika rajin membuat penawaran.

....dan bagi kaum lelaki, jangan terpedaya dengan rengekan manja penjual-penjual wanita di  sini,kerana sasarannya sememangnya anda bagi melariskan t-shirt yang di jual.









Longgokan t-shirt ini di jual dengan harga yang amat murah.






Bagi melindungi peniaga-peniaga kain di Malaysia,sejujurnya saya tidak dapat memberikan harga yang di tawarkan bagi baju ini.

Tetapi biar saya katakan yang harganya amatlah berpatutan.



Saya tidak pasti nama hidangan ini.Tetapi harumannya memang menggoncang perut.

Kopi Vietnam



Tidak melepaskan peluang menikmati kopi Vietnam yang terkenal di seluruh dunia.




...begitu juga si kecil ini.




Ini pembuatnya.Dengan harga VD 20,000 anda dapat menikmatinya hingga ke titisan terakhir.




Kafe ini menjual kopi yang berkualiti.Terdapat banyak di sekitar bandaraya ini dan terkenal di seluruh dunia.





Masih mampu mengekalkan kehijauan biarpun keadaan menuntut banyak pembangunan di buat.




Tidak pasti samada halal atau sebaliknya.




Handicapped handicraft



Dengan mengambil ejen pelancong di sini,kami telah di bawa melihat pusat penghasilan kraftangan.Yang menarik di sini kraf dihasilkan oleh mangsa ejen oren iaitu sejenis bahan kimia yang telah di gunakan oleh tentera Amerika ke atas penduduk Vietnam semasa perang Vietnam dahulu.




Hasil yang sangat mengkagumkan.





Tidak sempurna bukan lagi alasan bagi mereka untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif seperti ini.



Cu-Chi Tunnel




Mengunjungi Cu-Chi (sebutannya ku-ci) Tunnel.Terowong ini terletak 56 km dari hotel penginapan.Lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan.




Pintu masuk ke terowong ini.





Sesi penerangan mengenai latar belakang Perang di Vietnam.




Masih sempat beaksi di depan kamera bersama pekerja di sini.

Perlu di ingat ada sesetengah pekerja di sini tidak suka gambar mereka di ambil.Sebelum berhajat mengambil gambar mintalah kebenaran mereka dahulu.

...Nasib baik pekerja ini mahu gambarnya di ambil.




Tidak melepaskan peluang mencuba laluan terowong sempit ini.Satu kelebihan bagi tentera Vietnam yang bertubuh kecil.

Mujur masih boleh melepasi lubang terowong ini.




Menggelarkan dirinya John Wayne,pemandu pelancong ini memang ramah dan mudah berurusan dengannya.




Disini juga pengunjung dapat mencuba untuk menembak dengan menggunakan senjata tinggalan perang dahulu.Peluru yang di gunakan merupakan saki baki perang.Tidak hairanlah ada yang tidak meletup apabila di tembak kerana usia yang tua.

Masih sempat mengira kadar tukaran wang asing bagi membeli peluru di sini.Lebih kurang RM 60 untuk 10 butir peluru bagi senapang jenis AK-47. 







Tinggalan tentera Amerika.




Salah satu jenis perangkap yang di gunakan oleh tentera Vietnam.




War Remnant Museum.




Di sini semua jenis jentera perang tinggalan tentera Amerika di tempatkan.










.....juga kekejaman yang mereka lakukan.














Binh Tay







Bagi yang berminat untuk mencari kain cotton atau kain bagi membuat seluar slack atau kot, di sini lah tempatnya.








Pilihan beg,kain cotton,baju kanak-kanak,kasut,topi banyak terdapat di Binh Tay.





Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 km dari pusat bandar Ben Thanh.Kami mengambil peluang menaiki bas ke sini kerana tambangnya yang murah selain dapat melihat sendiri suasana sibuk bandaraya ini.



Mengambil bas menuju ke An dong Plaza dan An dong Market.



Stesen bas sekitar Pasar Binh Tay.

An dong Plaza dan An dong Market.





Menunggu bas menuju pulang ke hotel setelah kepenatan.