Sunday 17 August 2014

KEMBARA KE BERASTAGI-DANAU TOBA-MEDAN

TARIKH:5-8 JUN 2014

Penerbangan dari P.Pinang ke Kuala Namu (lapangan terbang baru Medan) mengambil masa kira-kira 30 minit merentasi laut Selat Melaka.

Disebabkan kapal terbang yang terbang rendah, dapat dilihat pemandangan yang menyakitkan mata di Selat Melaka yang di penuhi sampah sarap.Mungkin yang di tinggalkan oleh kapal-kapal dagang atau dihanyutkan dari pesisir pantai.

Namun dapat dilihat kesibukan Selat Melaka oleh kapal-kapal dagang.Hanya selang beberapa kilometer jarak antara kapal-kapal ini.



Memilih penerbangan Firefly kerana kebetulan mendapat harga promosi.Lebih kurang RM 500+ bagi 3 orang pergi dan balik.



Sempat mengabadikan kenangan di Lapangan Terbang Kuala Namu yang luas dan baru.


Di sebabkan jarak perjalanan dari kapal terbang ke balai ketibaan yang jauh,bas ada di sediakan bagi kemudahan penumpang.

 Semasa ketibaan kami,balai ketibaan antarabangsa ini lengang.Saya di fahamkan yang lapangan terbang ini banyak menerima penerbangan dalam Indonesia sahaja. 


Kereta yang di gunakan sepanjang kami di sini.Selesa dan supirnya yang baik.

Ini lah supir kami yang baik hati dan ramah.Namanya Andika(berbaju biru) orang melayu islam di Medan.Berasal dari Amplas,Medan.Bekerja dengan Pak Rizal.Andika ni kalau boleh dia akan cuba memenuhi permintaan kami.

Perjalanan kami di jadualkan menuju ke Berastagi dan menginap di hotel Green Garden.Kami singgah makan di Restoran Simpang Tiga yang menyediakan makanan 100% halal dan selesa.



Berastagi

Mengambil masa kira-kira 3 jam dari Medan.Perjalanan akan melalui jalan yang bengkang-bengkok dan berbukit.Sesak dengan lori yang mengangkut air pergunungan dari kilang air Aqua di Berastagi untuk di bawa turun.



Suhu di sini sejuk.Lebih kurang seperti cuaca di Cameron Highland.



Hidangan makan malam di hotel green garden.Kami tidak pernah dapat menghabiskan makanan yang di hidangkan kerana bagi kami ini lebih dari mencukupi.Hendak menjemput supir dia tidak mahu pula kerana mereka sudah ada hidangan yang telah di sediakan oleh syarikat sendiri.Segalanya termasuk dalam pakej.


 Tiba di Hotel Green Garden,Berastagi.Majoriti yang menginap di sini boleh dikatakan orang Malaysia.Kolam renang itu mungkin sekadar hiasan kerana dengan suhu yang sejuk tidak mungkin untuk kami terjun mandi di situ.

Di Berastagi,majoriti penduduknya adalah batak karo yang beragama kristian.Tidak hairanlah banyak gereja di sepanjang perjalanan ke sini.Terdapat satu masjid besar di tengah pekan Berastagi berhampiran pasar buah.Difahamkan yang beragama islam itu juga dari kaum batak.

Di sepanjang jalan dari medan-berastagi-parapat memang terdapat banyak kedai-kedai makan yang menjual babi panggang.Singkatanya BPK (sebutan indonesia b-p-ka) bermaksud babi panggang karo.Di sekitar Parapat pula banyak perkataan seperti B1 dan B2.B1 bermaksud anjing panggang dan B2 bermaksud babi panggang kerana ejaan babi ada dua huruf b.

Perlu berhati-hati jika ingin makan di rumah-rumah makan yang kononnya di katakan halal,kerana kemungkinan yang menjualnya adalah orang kristian yang mengaku ianya halal.Apabila di tanya ianya halal atau tidak,peniaga itu pasti marah dan tidak mengakuinya.

Untuk itu,jika ingin melancong ke Medan-berastagi -danau toba perlu di bawa oleh ejen pelancongan muslim kerana mereka tahu rumah makan yang boleh di percayai.

Pasar Buah,Berastagi

Namanya saja pasar buah,tetapi segala jenis pakaian ,cenderahati dan kelengkapan menghadapi cuaca sejuk di berastagi ada di jual di sini.Pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran segar di jual disini.Sekiranya anda berkunjung ke sini anda mestilah mencuba untuk merasai betapa sedapnya buah pisang kaki,rasanya yang manis lemak dan rapuh tidak sama dengan pisang kaki yang terdapat di Cameron Highland yang agak lembik.

Selain itu anda boleh merasai keenakkan buah salak,markisa  dan avokado yang murah dan segar di sini.



yang putih-putih itulah pisang kaki.









harga?nanti saya akan ceritakan bab membeli belah di akhir entri ini.

Di sini juga anda boleh menunggang kuda.tetapi berhati-hati dengan helah taukeh kuda di sini kerana kami termasuk supir kami terpedaya juga walaupun telah berhati-hati.Kami meminta untuk menunggang kuda dalam jarak yang singkat sahaja iaitu kira-kira 100 meter,untuk 3 ekor kuda iaitu kira-kira RM 25,tetapi dia mengarahkan kuda yang kami tunggang itu mengelilingi pekan berastagi itu dan kosnya mencecah kira-kira RM 60.

Tetapi tetap berpuas hati juga kerana,saya di ajar cara mengendalikan kuda di sepanjang jalanraya tanpa perlu di pegang jurulatihnya dan hanya di awasi sahaja.Terasa seperti minah England yang menunggang kuda di dalam hutan pine pula.



Ekor kuda itu macam tocang rambut saya pula.





Parapat-Danau Toba-Pulau Samosir

Perjalanan menuju ke pekan parapat dari berastagi mengambil masa kira-kira 4 jam.Keadaan jalan yang bengkang bengkok dan berlubang menyebabkan saya mabuk kereta.Tambahan pula supir bawa kereta dengan laju kerana ingin mengejar masa menaiki feri ke Pulau Samosir yang terhad.

Namun keindahan perjalanan sepanjang tasik kawah gunung berapi itu tidak dapat di gambarkan dengan perkataan kerana tidak terdapat di tempat lain.

Di sepanjang perjalanan juga,kami sempat singgah di Siantar Hotel,Simarjarunjung yang menyediakan air teh halia yang menyegarkan beserta pisang goreng yang sangat sedap sambil menghirup udara segar di sekitar tasik toba.

Kami juga singgah di air terjun sipiso-piso di Tongging yang tinggi dan di kenakan sedikit bayaran.tidak pasti berapa kerana semuanya termasuk dalam pakej.








Pisang goreng yang ketiga sedap pernah saya makan.



Hilang sebentar mabuk perjalanan setelah menghirup air teh halia di sini.
 Di cadangkan ambil masa singgah di sini kerana teh halia yang di hidangkan memang menyegarkan kerana dapat melegakan pening dan mual setelah melalui jalan yang bengkang-bengkok.






Hotel ikan yang terdapat di sepanjang perjalanan berastagi-parapat.
Melalui supir,kami di beritahu yang tinggalan hotel mewah ini di usahakan oleh warga Amerika dan terdapat beratus bilik didalamnya. Mungkin kerana lokasi yang jauh dari pekan parapat maka hotel ini tidak dapat bertahan lama.


Hidangan makan tengahari yang di sediakan di pekan parapat sebelum menaiki feri ke pulau samosir.



pelabuhan tempat menaiki feri tuktuk ke pulau samosir





Pemandangan tasik amat cantik dan unik.Bayangkan tasik ini berada di atas paras laut dan di bawahnya suatu ketika dahulu adalah kawah gunung berapi yang pernah meletus.




Pulau samosir amat cantik.keluasanya kira-kira sebesar negara singapura.Kebanyakkannya beragama kristian dan dari suku batak.suhunya agak sejuk dan berangin.lebih berangin pada waktu pagi dan waktu senja.



Pemandangan dari bilik hotel



Sempat mandi di tasik toba ini.Kawasan mandian ini di selia oleh pihak hotel.Jadi kawasan ini tidak dalam dan sesuai untuk mandi di tebing.





Pasar menjual kraftangan yang terdapat di Pulau Samosir.Sedikit tip ketika ingin berbelanja di sini.Jika anda suka atau berminat dengan sesuatu barangan tetapi ingin harga yang murah,pastikan anda buat tawaran serendah-rendahnya.Dan jika dapat harga yg di tawarkan itu silalah beli kerana jika anda tidak membeli setelah membuat tawaran peniaga2 di sini seolah-olah membenci anda beramai-ramai.

Jika anda tersangkut di salah satu kedai di sini adalah sukar untuk anda tidak membeli sesuatu kerana mereka akan memaksa anda membeli juga.

Ketika melintasi kedai-kedai di sini,pastikan anda pekakkan telinga jika terdengar pujukan dan tawaran murah barangan yang di jual,kerana jika anda terpengaruh dan berhenti di kedai tersebut,peniaga itu akan tarik anda masuk jauh ke dalam kedai dan anda akan di paksa untuk membeli barangan yang di jual itu.Harga murah yang di umpan tadi sebenarnya tidak ada.





Ini lah patung menari si gale-gale..kalau anda berdiri sambil mengadap bertentang mata dengan patung kayu ini memang menakutkan seolah-olah patung itu hidup.Ditambah pula dengan suasana sekeliling yang asing dengan lambakan patung-patung pemujaan yang mempamerkan wajah-wajah yang menakutkan.



Bagi menghormati protokol di raja di sini,anda dikehendaki memakai selendang di bahu begitu juga semasa melawat makam dirajanya.

Dari cerita orang yang menjaga kawasan ini, patung ini asalnya adalah tanda betapa rindunya seorang bapa kepada anak lelakinya yang gugur di medan perang.Anak raja ini merupakan pahlawan dan sangat disayangi bapanya iaitu seorang raja.Disebabkan rindu,maka bapanya membina sebuah patung yang menyerupai anaknya lengkap dengan boleh bergerak.Suatu masa dahulu,patung ini boleh bergerak dengan sendirinya tetapi sekarang di kawal dengan tali khusus untuk persembahan kepada pelancong.

Keseluruhan badannya di ukir dari kayu dan pakaian yang dipakainya agak lusuh.



Ini merupakan makam di raja bagi suku kaum batak di pulau samosir ini.pada awal kerajaan agama yang dianuti oleh raja-raja adalah animisme iaitu memuja batu,kayu,matahari dan lain-lain.Selepas itu barulah mereka memeluk agama kristian.

Kalau di lihat pada makam yang mempunyai wajah patung,itu merupakan makam salah seorang raja yang paling kejam dan berkuasa.Di ceritakan,semasa hayatnya beliau akan membunuh musuhnya dengan kejam.darah yang tumpah dari tubuh badan mangsanya akan disapukan di kepalanya tanda kemenanganya.Warna merah yang terdapat di ukiran rambut itu adalah warna asal darah.tidak dapat di pastikan bagaimana darah itu berada di ukiran rambut itu.

Jika masuk ke kawasan makam ini,pelancong tidak dibenarkan keluar melalui pintu masuk.perlu keluar mengikut pintu keluar yang disediakan.


Setelah 2 hari 1 malam di pulau samosir tiba masa untuk meneruskan perjalanan ke bandaraya medan.menaiki feri yang dapat memuatkan kenderaan segala-galanya termasuk dalam pakej. 

Jangkaan masa perjalanan adalah kurang dari 5 jam dan akan melalui 7 bandar kecil sepanjang perjalanan ke medan.








Sesudah feri berlabuh singgah makan dahulu di pekan parapat.lauk yang dihidangkan sungguh menyelerakan.Seperti biasa lauk yang banyak ini tidak mampu di makan habis oleh kami 3 beranak.



Sekitar pekan parapat sebelum meneruskan perjalanan ke kota medan.


Setelah tiba di kota medan,minta supir tolong bawa kami makan es teller yang di katakan sedap di kota medan.tidak berhajat untuk makan es teller 77 yang masyur itu kerana ingin merasai keenakan sebenar es teller jalanan.

Akhirnya supir bawa kami makan es teller di kampungnya di amplas.Katanya beliau dan ibu sering makan di sini.




Lebih kurang seperti cendol,tetapi es teller ini mengandungi banyak buah-buahan seperti avokado dan nangka.



Manis dan terasa lemaknya.memang sedap berbanding es teller 77 kerana isinya lebih banyak.Harganya juga murah berbanding es teller 77.



Di kota medan ini kami menginap di hotel Madani yang selesa.

Tetapi hotel ini tidak mempunyai kolam renang dan sistem penghawa dingin yang lemah.Perkara lain semuanya baik dan memuaskan.



Sebelum makan malam,kami di bawa supir berjalan-jalan di sekitar pasar malam atau di kenali sebagai up town bagi penduduk di kota medan ini.Saya dapati di sini di penuhi dengan penduduk tempatan dan jarang ada pelancong. lantaran itu harga yang di tawarkan adalah murah mengikut kemampuan penduduk di sini.



Berjalan-jalan di Sun Plaza.Di sini memang untuk golongan atasan berbelanja.apabila masuk ke mall ini,dapat dilihat diskriminasi taraf masyarakat yang ketara di kota medan ini.mall ini hanya di masuki oleh penduduk yang dari kelas pertengahan dan atasan.Manakala anda tidak akan langsung dapat melihat penduduk yang dari kelas bawahan di sini.

Tetapi harga barangan yang di tawarkan masih murah di sini mengikut kualiti barangan.




Membeli-belah di Wazir.Terjumpa ustaz Azhar Idrus di sini.Mungkin beliau berhajat untuk membeli buah tangan buat isteri-isterinya.




Suasana di Istana Maimoon.

Masjid Raya.Kebetulan hari cuti ada 2 pasang pengantin yang akan dinikahkan di sini.Menurut supir jika  pasangan yang akan bernikah di masjid, kosnya lebih mahal berbanding kos bernikah di rumah.Ini adalah kerana bernikah di masjid perlu memberi sejumlah bayaran kepada penjaga masjid.



Sebelum bergerak menuju ke lapangan terbang perut terasa lapar dan mengajak supir mencari sate padang.Di sebabkan waktu siang supir tidak berani berjanji samada kedai sate dibuka kerana masih terlalu awal.Akhirnya rezeki memihak kepada kami.




Jus avokado dan markisa yang segar.Jus buah ini tidak menggunakan kordial segera tetapi di kisar terus dari buah.



Inilah sate padang.kuahnya pekat dan bersantan dan ditaburi dengan bawang goreng.



Masa yang berbaki kami habiskan di Medan Mall.Terdapat pelbagai kedai yang menjual pakaian dan kain langsir.Harga yang ditawarkan murah dan sangat murah jika di beli dalam kuantiti yang banyak.Sangat di cadangkan ke sini jika anda memang anda ingin membeli-belah.Suasananya mirip seperti pasar ben thanh di vietnam.



Pintu masuk ke lapangan terbang kuala namu...

 Laluan ini bukanlah tol tetapi untuk membayar tempat meletak kereta di lapangan terbang.





Masa untuk meninggalkan kota medan yang menyeronokkan.Sempat mengabadikan kenangan bersama supir yang baik.Tidak pasti bila lagi dapat bertemu dengannya.




Jadual penerbangan iaitu waktu berlepas adalah jam 6.30 petang,tetapi penerbangan terpaksa di tunda hingga ke jam 11.30 malam.

Untuk meredakan keadaan, makanan di sediakan oleh pihak pengurusan,kerana penumpang tidak boleh kemana-mana sekiranya telah melapor diri masuk di kaunter imigresen antarabangsa.